Tuesday, November 1, 2011

Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012

Seperti yang kita tahu, takwim kalendar 2012 ini sangat berguna untuk kita membuat perancangan seperti memilih tarikh perkahwinan yang sesuai, tarikh bercuti bersama keluarga, dan banyak lagi aktiviti boleh dirancang dengan labih awal. Jadi aried ingin kongsikan dengan anda artikel Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012 supaya dapat membantu anda sedikit sebanyak. Selamat membaca!

[caption id="attachment_7195" align="aligncenter" width="495" caption="Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012"]Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Persekolahan 2012[/caption]

Teruskan Membaca >>

Tuesday, November 2, 2010

KOTA BHARU – Lebih 10,000 peminat setia pasukan The Red Warriors membanjiri pekarangan Kelantan Trade Centre (KTC) untuk meraikan kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama di sini, semalam.

Meskipun hujan renyai sejak awal pagi, ia tidak menghalang para penyokong untuk melihat piala berprestij itu dengan lebih dekat.

Menariknya, trofi tersebut mengharungi perjalanan jalan darat sejauh hampir 500 kilometer bermula dari Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur sebelum tiba di Kota Bharu kira-kira 6.30 petang.

Trofi tersebut diarak dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, diikuti bas yang membawa para pemain Kelantan melalui beberapa jalan utama di bandar Kota Bharu singgah di KTC untuk dipertontonkan kepada peminat dan majlis doa selamat.

Pada Majlis tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika berucap berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh para peminat The Red Warriors.
“Satu majlis meraikan para penyokong akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
“Pada 6 November hadapan, piala tersebut akan dibawa bersama semua para pemain Kelantan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Mahkota,” katanya.

Sementara itu, seorang penyokong dari Kota Bharu, Mohd. Zainuddin Yusof, 47, berkata, keadaan cuaca mendung dan hujan tidak menghalangnya bersama-sama meraikan kejayaan tersebut.

“Saya selaku rakyat Kelantan gembira dengan kejayaan pasukan The Red Warriors. Ini merupaka sesuatu yang harus diingati oleh seluruh peminat.

“Setelah sekian lama menunggu untuk bergelar juara, hari ini impian tersebut sudah tercapai, lebih manis lagi saya dapat menyaksikan sendiri trofi keagungan bola sepak Malaysia dibawa pulang ke bumi Kelantan,” katanya.

Tambahnya, ini membuktikan bahawa Kelantan kini sebaris dengan pasukan gergasi bola sepak negara.
Seorang lagi peminat dari Pasir Mas, Fatin Farhan Zainudin, 15, berkata walaupun tidak dapat ke Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lalu, kejayaan Kelantan muncul juara harus diraikan.


ah!!Gila Bola
Teruskan Membaca >>

Saturday, October 30, 2010

Chelsea selesa terajui liga

BLACKBURN, England - Jaringan babak akhir perlawanan menerusi Branislav Ivanovic, menyaksikan Chelsea menewaskan Blackburn 2-1, semalam untuk kian selesa di teratas Liga Perdana England.

Ivanovic menjaringkan gol enam minit sebelum tamat untuk membawa pasukan dari London itu menyambar tiga mata, setelah anak buah Carlo Ancelotti bangkit daripada ketinggalan di Ewood Park.

Nicolas Anelka menyamakan jaringan Blues, selepas Benjani Mwarurwari membawa Blackburn mendahului hasil hantaran Mame Diouf dan kelewatan pemain Chelsea mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Tandukan Alex Song pula memastikan Arsenal menang 1-0 ke atas pasukan tercorot, West Ham dan terus memberi tekanan kepada Chelsea.

Ketika Arsenal dan Chelsea meraikan kemenangan, pasukan di tangga keempat, Manchester City mengharungi minggu malang, apabila kalah 1-2 kepada Wolves.
 
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut City setelah tewas 0-3 kepada Arsenal, Ahad lalu.
- AGENSI


ah!!Gila Bola
Teruskan Membaca >>
KUALA LUMPUR - Kehilangan bek tengah yang juga ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak dan kegagalan dua pemain muda menunaikan harapan tinggi, dirumuskan sebagai faktor utama tersungkurnya Negeri Sembilan dalam mempertahankan Piala Malaysia musim ini, semalam.

Tanpa menyembunyikan kecewa namun akur dengan kemampuan Kelantan menyambar kesempatan tersebut, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menganggap Aliff Samsuddin dan Qhairul Anwar Roslani tidak dapat bermain seperti prestasi terbaik mereka sebelumnya.

"Prestasi Negeri Sembilan kali ini tidak seperti perlawanan akhir tahun lalu terutama apabila barisan pertahanan goyah setelah Aidil Zafuan tercedera lalu kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh Kelantan dalam babak kedua," katanya selepas perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dimenangi lawan 2-1.

"Perlawanan ini jelas menunjukkan dua pemain muda harapan kami tidak menunjukkan prestasi sebenar mereka tetapi saya tetap memuji aksi keseluruhannya kerana kami masih mampu mara hingga ke perlawanan akhir di sebalik pelbagai masalah yang melanda khususnya kecederaan tonggak," katanya.

Gol kemenangan Badri Radzi yang menyusuli tandukan penyamaan Hairuddin Omar sekali gus menenggelamkan jaringan penalti Shahurain Abu Samah itu turut meranapkan harapan dan impian Wan Jamak mencipta rekod dalam kariernya dengan membawa Si Rusa merangkul gelaran berganda selepas menjulang Piala FA, April lalu.

Malah setelah kehilangan penyerang Zaquan Adha Radzak sejak Ogos lalu kerana kecederaan lutut, kehampaan jurulatih Negeri Sembilan itu akibat terkeluarnya abang kembarnya, Aidil Zafuan Radzak pada pertengahan permainan, pasti dikongsi jurulatih negara, K. Rajagobal dalam menyediakan pasukan ke Sukan Asia, bulan depan.

Negeri Sembilan juga sebenarnya mampu beroleh satu lagi gol sekiranya tonggak depan seniornya, Idris Karim mampu menyudahkan peluang depan gol dengan satu tolakan kaki yang lebih deras untuk menghampakan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang hanya bersendirian pada babak pertama.
Namun Wan Jamak wajar turut berbangga dengan sumbangan sayap kanannya, S. Kunanlan yang banyak menggerakkan serangan Si Rusa dan mencipta lorongan tepat dan membuat larian yang menghuru-harakan kubu Kelantan untuk menyokong penyerang bidan terjun mereka, Shahurain dan Idris.

Tidak keterlaluan jika anak jati Semenyih ini sebenarnya mampu dijulang sebagai wira mahupun pemain terbaik jika Negeri Sembilan yang mengulangi kejayaan memiliki piala berprestij bola sepak negara dalam edisi ke-44 perlawanan akhir ini seperti ketika mereka menang 3-1, tahun lalu.

Namun corak pantas dan kemantapan pada semua bahagian turut memainkan peranan dalam kejayaan gilang-gemilang dan bersejarah Wira Merah ini selain sokongan padu ribuan penyokong mereka dan gaya kepimpinan tersendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.


ah!!Gila Bola
Teruskan Membaca >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...