MANCHESTER - Masa depan Liverpool dilihat semakin terumbang-ambing apabila penjaga golnya, Pepe Reina mungkin akan meninggalkan Anfield pada masa hadapan dan Manchester United dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.
Menurut laporan akhbar The Mirror UK, penjaga gol Sepanyol itu difahamkan telah berjumpa pemilik baru Liverpool, NESV dan berasa bimbang mengenai cita-cita kelab itu pada masa akan datang.
Dia mungkin akan menjadi pemain pertama yang akan meninggalkan Liverpool dan menyertai musuh ketat kelab itu selepas kali terakhir Phil Chisnail meninggalkan Old Trafford pada tahun 1964.
Dengan Liverpool terus gagal menyerlah di bawah kendalian Roy Hodgson, pemilik dari Amerika, John W Henry berdepan ujian sukar untuk mengekalkan pemain bintangnya seperti Reina, Fernando Torres dan Glen Johnson.
Ferguson telah diberikan sejumlah besar dana pembelian pemain selepas keluarga Glazer berjanji kepada Wayne Rooney akan membeli ramai pemain bintang dalam pintu pemasaran pemain dan Reina dijangka dijual sekitar 12 juta pound (RM 59.03 juta).
Liverpool bagaimanapun dijangka tidak menjualnya kepada musuh ketat, namun terdapat kemungkinan Reina tetap akan meninggalkan Anfield.
Reina dikatakan tidak gembira dengan Hodgson kerana menggunakan bekas penjaga gol, Mike Kelly yang berusia 68 tahun sebahagian daripada anggota pasukan kejurulatihan dan meletakkan Reina menjalani beberapa rutin latihan yang tidak disukainya. - The Mirror
ah!!Gila Bola
RSS Feed
Twitter
