Sebenarnya SINAR HARIAN tidak pernah terlibat di dalam penajaan sukan bolasepak sebelum ini. Kami tidak pernah ambil kisah tentang sukan bolasepak ini sejak berdekad-dekad yang lalu sehinggalah Tan Sri Annuar Musa pada satu hari akhir tahun 2009 datang ke pejabat Sinar untuk menawarkan penajaan THE RED WARRIORS.
Pada mulanya kami tidak lah begitu tertarik dengan tawaran tersebut tetapi kepakaran ‘jualan’ yang ada pada Tan Sri Annuar Musa amat hebat menyebabkan kami bersetuju untuk menaja THE RED WARRIORS.
Walaupun kami tidak mengikuti sangat perkembangan bolasepak Malaysia tetapi sebagai syarikat yang dimiliki oleh orang Kelantan dan juga memandangkan SINAR HARIAN dengan kata ajaib ‘SUARA CAKNA KOMUNITI ANDA’ dan ‘SAMAH JAH’ telah mula-mula diterbitkan di Kelantan dan Terengganu maka kami berpendapat ada baiknya kami menaja THE RED WARRIORS sebagai salah satu cara mengucapkan terima kasih kepada pembaca setia kami di Kelantan.
SINAR HARIAN bukan saja menjadi pilihan utama pada ketika mula-mula dilancarkan tetapi juga kekal sehingga kini sebagai akhbar nombor satu di Kelantan. SYABAS ORANG KELANTAN yang meletakkan SINAR HARIAN di kedudukan sekarang.
Kami berharap pembaca-pembaca setia kami dapat meneruskan membeli dan membaca SINAR HARIAN supaya kami dapat melanjutkan penajaan THE RED WARRIORS pada tahun-tahun seterusnya.
Berbalik kepada perlawanan akhir kita pada Sabtu ni kami di SINAR HARIAN mendoakan semoga pasukan THE RED WARRIORS akan mencipta kejayaan membawa balik PIALA MALAYSIA buat julung-julung kalinya ke KELANTAN.
Ini buka satu impian atau angan-angan tetapi semuanya mungkin dengan syarat semua orang Kelantan baik pemain atau penyokong atau siapa saja rakyat Kelantan mesti KOMITED. Kita mesti bersatu didalam perjuangan ini dengan apa-apa cara yang boleh kita sumbang kepada kejayaan skuad THE RED WARRIORS. Bagi yang boleh datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil mari lah ramai-ramai kita kesana dengan penuh ketertiban,berhemah dan dengan penuh semangat juang.
Bagi yang tak dapat datang sumbanglah sokongan anda dengan apa-apa cara yang wajar seperti sembahyang hajat, doa dan apa saja sokongan moral yang dapat kita lakukan.
Dan yang penting sekali di dalam kempen kita MENUJU KE PUNCAK JUARA adalah pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan THE RED WARRIORS, mereka harus memberi komitmen yang jitu dengan semangat juang yang kental. Dari permulaan yang sederhana pada peringkat Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kita kini selangkah lagi menuju ke puncak juara, tidak mungkin kita harus sia-siakan usaha kita selama ini. KITA BOLEH JADI JUARA, Insyallah!
Ingatlah harapan ini bukan saja harapan anda tetapi juga adalah harapan ibu-bapa kita, sanak-saudara kita, rakan-rakan kita, jiran kita dan yang penting adalah 1.4 juta rakyat Kelantan baik yang berada di Kelantan mahupun yang berada di luar Kelantan atau pun yang berada di luar negara mereka semua juga mahu melihat kita menjulang PIALA MALAYSIA.
Jadi adik-adik ku jangan sia-siakan harapan kita semua, jadilah juara KITA BOLEH, INSYALLAH!
BAHAGIAKAN RAKYAT KELANTAN, bahagiakan diri anda dan bahagiakan orang-orang yang anda sayangi.
CIPTALAH SEJARAH, jadilah rakyat kelantan yang mencipta sejarah. Ingat kita belum mencipta sejarah.Negeri sembilan sudah. Ini adalah giliran kita mencipta sejarah. Ingatlah mencipta sejarah adalah sesuatu yang amat manis. Lihatlah betapa hebatnya orang-orang yang mencipta sejarah. Mereka di hormati,di sanjung dan di hargai. Anda adalah setanding dengan mereka.
Manusia tidak di nilai dengan harta kekayaan yang mereka miliki tetapi di nilai dengan berapa ramai kita menyentuh hati dan perasaan dengan mengembirakan orang-orang di sekeliling kita. Jadi gembirakanlah seluruh rakyat Kelantan dan jadilah juara dan ciptalah sejarah…
SELAMAT BERJUANG! SEMOGA KEJAYAAN MILIK KITA! INSYALLAH!
Sekian,
Mohd Nasir Bin Haji Hamzah,
TIMBALAN PENGERUSI KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD.
http://www.karangkraf.com
TIMBALAN PENGERUSI KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD.
http://www.karangkraf.com
ah!!Gila Bola
RSS Feed
Twitter
